ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Marzuxce.blogspot.com...."Ya Allah...Hanya Padamu Ku Temui Cinta Sejati"...

Saturday, April 24, 2010

..:: mekap sebenar seorang muslimah::..


* Jadikan "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan) sbg hiasan mata anda,nescaya wajah akan semakin bening dan jernih.


* Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya wajah akan semakin manis..


* Gunakanlah blusher @ pemerah pipi anda daripada kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.


* Pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan


* Rawatlah rambut anda dengan selendang Islami yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.


* Hiasilah kedua2 tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari jemari anda dengan cincin ukhuwah


* Pakailah bedak di wajah anda dengan air wuduk agar ia bercahaya pada hari akhirat kelak..

Friday, April 16, 2010

..::siapa kita::..

 Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..

Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

..::petua imam SYAFIE::..



4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
EMPAT CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMAK & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim – Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Search This Blog

Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Related Posts with Thumbnails