ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Marzuxce.blogspot.com...."Ya Allah...Hanya Padamu Ku Temui Cinta Sejati"...

Thursday, September 23, 2010

pesanan utk wanita

  Madah Untuk Wanita

1 . Bunga selalunya cantik tapi mudah layu.
Tunggul kayu tidak menarik, tapi tahan lama.
Begitulah kebaikan, selalunya tidak dapat berterusan,
tapi kejahatan itu selalunya berlarutan.

2 . Seseorang wanita yang sudah berumur,
tapi belum bersuami
akan dapat sakit hina diri (inferiority complex).

3. Di dunia hari ini hakikatnya wanitalah ketua
negara, para menteri, pegawai dan pemerintah.
Mereka menggunakan kuasa dan jawatan suami
untuk salurkan cita-cita mereka.
Ibarat wayang kulit, isteri jadi dalang.
Suami adalah patung-patung wayang kulit yang
digerakkan oleh dalang.

4 . Pandangan mata seorang wanita,
lebih tajam dan merbahaya,
daripada tembusan panah yang berbisa.
Oleh itu awaslah selalu agar jangan kita
kena panahan matanya.

5.Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita.
Sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek.
Sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan
kita. Kecuali perempuan yang beriman.

6.Sebab perempuan,
negara boleh jatuh ke tangan musuh,
bangsa boleh terhina,
raja-raja lupa dan lalai,
negarawan-negarawan rosak,
ahli-ahli perniagaan selalu menipu,
pasukan keselamatan khianat,
.pemuda-pemuda khayal.

7.Jarang berhimpun pada seseorang wanita
sifat-sifat cantik, cerdik,
berani, setia dan terdidik.

8.Keindahan beristeri itu akan terasa selalu
kalau ia ditinggal-tinggalkan.
Sebab kasih akan berbunga kembali.

9.Cerewet seorang isteri itu boleh mencepatkan
kepala suaminya beruban.

10.Antara watak wanita itu ialah,
menangis, simpati, merajuk,
mudah lupa kebaikan orang,
menunjuk-nunjuk, sabar, pemurah, mudah
hilang pertimbangan, pemalu, penakut dan
suka kepada pakaian lebih daripada suka
kepada makan dan minum.

1 comment:

maisyah said...

Insyaallah....
wanita kena jaga sesama wanita saling menasihati ke jln kebaikan dan kesejahteraan..

Search This Blog

Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Related Posts with Thumbnails