ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Marzuxce.blogspot.com...."Ya Allah...Hanya Padamu Ku Temui Cinta Sejati"...

Monday, April 12, 2010

..::KELEBIHAN AYATUL KURSI::..



Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan
dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga
menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasulullah saw..
dengan segera memerintahkan Zaid b tsabit
menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan
khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali
keluar masuk rumah atau hendak musafir,
InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia,
binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga,
anak-anak, harta bendanya juga akan
terpelihara dengan izin Allah swt.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan
dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara
ia dari segala bencana dengan izin Allah swt.
Syeikh Abu Abbas ra ada menerangkan, siapa
yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah.. Allah swt akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi
mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca
ayat Kursi, Allah swt hilangkan segala
kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali
pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat
dua rakaat, Allah swt memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan
kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi
dicintai dan dipelihara Allah swt
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan serta perlindungan
Allah swt daripada gangguan serta hasutan
syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah swt, akan terhindar
daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga
akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi
yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan
dan jin terbakar. Jika anda berpindah
ke rumah baru maka pada malam pertama
anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir
dan batin. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah swt
mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada
masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah swt
memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap
sembahyang Fardhu, Allah swt menganugerahkan dia hati2
orang yang bersyukur perbuatan orang2 yang
benar, pahala nabi2 juga Allah swt melimpahkan padanya
rahmat. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan
ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi
Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan
kepadanya. Dari Abdullah ibnu ' Amr r.a... ,
Rasullullah saw bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

No comments:

Search This Blog

Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Related Posts with Thumbnails