ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Marzuxce.blogspot.com...."Ya Allah...Hanya Padamu Ku Temui Cinta Sejati"...

Friday, June 18, 2010

chocolate peanut butter surprise cookies

CHOCOLATE PEANUT BUTTER SURPRISE COOKIES






CHOCOLATE PEANUT BUTTER SURPRISE COOKIES
Sumber: FRD, Martha Stewart

Bahan-bahannya
2 cawan (256 gram) tepung gandum
1/2 cawan (64 gram) serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 cawan (125 gram) mentega
1/2 cawan (103 gram) shortening
1/2 cawan (100 gram) gula kaster
1 1/4 cawan (275 gram) gula perang, dipadatkan
2 biji telur (besar)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan (152 gram) semisweet chocolate chips
1/2 cawan (124 gram) peanut butter

Cara-caranya

1. Ayak bersama tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.




2. Didalam mangkuk pengadun, pukul mentega, shortening, gula kaster dan 1 cawan gula perang pada kelajuan sederhana sehingga ringan dan kembang selama 2 minit.

3. Masukkan telur satu persatu, diadun sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul sehingga ia sebati.




4. Masukkan pula bahan-bahan kering yang diketepikan tadi dan pukul menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati adunannya. Angkat mangkuk pengadun dengan mengunakkan spatula masukkan semisweet chocolate chips dan gaul sebati. Tutup adunan doh dengan plastik wrap dan disejukkan dalam peti sejuk sehingga mantap selama 1 jam.




5. Didalam mangkuk kecil, menggunakan spatula masukkan peanut butter dan lebihan 1/4 cawan gula perang. Digaul rata.




6. Menggunakan sudu besar, sendukkan doh coklat yang telah disejukkan tadi keatas loyang (D menggunakan jari untuk membentuk lebih mudah dan dalam anggaran 1 sudu teh doh coklat lebih sesuai nanti dah bakar jadinya cantik dan tidak besar2 sangat) yang telah disapukan dengan mentega dengan jarak 2 inci antara satu sama lain. Menggunakan jari bentukkan lubang ditengah doh tersebut dan isikan dengan 1 sudu teh adunan peanut butter. Tutup permukaan dengan doh coklat dan tutup dengan rapi.




7. Bakar sehingga masak selama 12 minit pada suhu 170'C. Angkat dan sejukkan diatas wire rack. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Search This Blog

Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Related Posts with Thumbnails