ASSALAMUALAIKUM... WELCOME TO.... Marzuxce.blogspot.com...."Ya Allah...Hanya Padamu Ku Temui Cinta Sejati"...

Thursday, June 17, 2010

telur masin

                                       
 Bila di perantauan ni, banyak makanan kena buat sendiri..Macam telur masin, bila rasa teringin nak makan rajinlah membuatnya..Biasanya telur masin,  dalam masa 15 hari bolehlah direbus. Guna telur ayam je, mana nak cari telur itik..

Bahan-bahan:

6 biji telur
Garam kasar - dalam 1/2 - 1 cawan
Air -dalam 1/2 liter
Cara saya menyediakan:

1. Bersihkan/basuh telur ( guna span bahagian yg kasar)
2. Didihkan air, masukkan garam dan kacau sehingga garam larut.,  tambah garam sedikit demi sedikit sehingga garam tidak lagi larut. Jadi airnya betul2 masin.
3. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
4. Masukkan air ke dalam bekas yang sesuai (balang plastik/kaca) dan masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dan tutup bekas. (simpan kat luar, bukan dlm peti ais)
5. Selepas 2 ke 3 minggu, bolehlah telur direbus. Bergantung kepada kadar kemasinan air garam yang disediakan.

No comments:

Search This Blog

Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Related Posts with Thumbnails