Saturday, June 19, 2010
khasiat buah zaitun
Mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat buah zaitun yang ada disebutkan dalam al-Quran.
“Demi buah tin dan zaitun…” Begitulah bermula Surah at-Tin yang menyatakan tentang buah tin dan zaitun. Adakah terdapat rahsia di sebalik kedua-dua buah ini kerana disebut dalam al-Quran?
Zaitun atau nama saitifiknya Olea europaea adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Mediterranean. Zaitun bukan sekadar makanan bagi penduduk di situ, malah penting bagi tujuan perubatan, sabun, bahan bakar bagi menyalakan pelita, sumber kekayaan dan kuasa.
Pokok zaitun mempunyai ketinggian tiga meter, berdaun hijau terang dan berbuah dengan bentuk bujur. Menurut pengamal hadis, setelah taufan Nuh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama sekali kelihatan.
Berikut merupakan beberapa khasiat dan kegunaan buah zaitun:
· Untuk kegunaan kecantikan-sebagai bahan kosmetik. Menurut ulama Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Zaitun juga bertindak sebagai antipenuaan dengan cara melambatkan prosesnya.
· Mengatasi masalah seksual.
· Mengatasi kesan lecur akibat terbakar dengan campuran sedikit garam.
· Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun mampu membangkitkan seri wajah, mengilatkan rambut, menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal serta ulser yang kronik.
· Menurut saintis jepun, minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur dapat mencegah daripada kanser kulit.
· Minyak zaitun yang tulen (ekstrak pertama buah zaitun tanpa menggunakan bahan kimia ataupun tindakan haba) mempunyai pertahanan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan malah menambah perisa dalam masakan.
· Menurut artikel Olive Oil; A healthy Choice for Your Heart menyatakan pengambilan dua sudu besar minyak zaitun mampu mengurangkan risiko sakit jantung. Minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu yang dapat merendahkan paras kolestrol berbahaya dalam badan dan seterusnya menyembuhkannya.
· KOMO 4 News dan ABC News Online melaporkan minyak zaitun asli, iaitu extra virgin oil mengandungi bahan pencegah kesakitan iaitu oleochantol yang mengandungi mekanisme pencegahan kesakitan seperti yang sering digunakan di hospital dan klinik.
· Mengandungi antikuman.Bahan aktif dalam zaitun iaitu oleuropein yang berkesan mencegah pembiakan kuman berbahaya seperti Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Klebsiella pneumoniae dan Bacillus cereus.
· Mampu mengurangkan risiko kanser payu dara. Kajin yang dijalankan ke atas wanita oleh Harvard School of Public Health dan Athens School of Public Health turut menunjukkan amalan mengambil minyak lebih sekali sehari dapat mengurangkan 25 peratus risiko menghidapi kanser payu dara.
· Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun boleh menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.
· Kajian yang diketuai oleh Profesor Miguel Gassull dari Hospital University Jermans Trias Pujol di Barcelona, Sepanyol, ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.
· Kajian yang diketuai oleh Maria Isabel menunjukkan kadar HDL (lemak baik) pada responden yang mengambil minyak zaitun bertambah dan kadar LDL(lemak tidak baik) menurun selari dengan pengambilan minyak zaitun.
· Minyak zaitun yang kaya dengan fenol dan mempunyai antioksiden yang tinggi malah berupaya mencegah pembentukan darah beku mampu untuk mencegah dan merawat berlakunya sakit jantung dan strok.
Marilah sama-sama kita gunakan minyak zaitun dalam kehidupan seharian kita terutama sekali dalam menambah perisa masakan kita dan sebagai menggantikan minyak sawit sebagai minyak masak.
Selalulah ingat sabda Rasulullah s.a.w. “Pakailah minyak zaitun dan gunakannya sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat.” –Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah.
Tonik jantung
Buah zaitun cukup istimewa kerana kepelbagaian fungsinya.
KHASIAT buah zaitun diaplikasikan secara meluas dalam bidang perubatan dan kecantikan.
BUKTI yang diperoleh daripada kajian epidemiologi mendedahkan, kandungan lemak tidak tepu dalam diet ada hubung kaitnya dengan menurunkan risiko penyakit jantung koronari.
Penemuan ini ada kewajaran kerana minyak zaitun kaya dengan lemak tidak tepu iaitu asid oleik. Sejak sekian lama, buah zaitun antara komponen terpenting dalam diet Mediterranean.
Di Amerika Syarikat (AS), para pengeluar minyak zaitun mungkin meletakkan nasihat berikut pada label produk mereka: Bukti saintifik yang belum muktamad dan terhad mencadangkan makan dua sudu besar setiap hari (23 gram) minyak zaitun boleh merendahkan risiko penyakit jantung koronari. Semuanya kerana kandungan lemak tidak tepu dalam minyak zaitun.
Untuk mendapatkan manfaat ini, anda tidak boleh meningkatkan jumlah kalori yang diambil setiap hari.Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa buah zaitun boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dan perubatan
.
Buah zaitun atau nama saintifiknya Olea europaea juga digunakan untuk rawatan dalaman iaitu kesihatan dan juga luaran dalam konteks kecantikan. Buah zaitun banyak digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana fungsinya yang istimewa iaitu melembutkan kulit.
Kandungan vitamin E dan vitamin K yang terdapat dalam buah zaitun menjadikannya sebagai salah satu daya tarikan dalam pembuatan produk. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kandungan kolesterol LDL iaitu tekanan darah dan risiko penyakit jantung koronari. Manakala vitamin K pula bertindak menghalang darah daripada darah beku.
Antara khasiat buah zaitun ialah membaiki dan memulihkan perut, mengeluarkan cacing dan menjadi penawar racun. Manakala, minyaknya berfungsi untuk menghaluskan kulit. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus pada kulit. Selain itu, minyak zaitun boleh melambatkan proses pertumbuhan uban.
MINYAK zaitun kerap digunakan dalam masakan Mediterranean.
Minyak zaitun juga berperanan menguatkan rambut dan badan. Minyak zaitun boleh dijadikan sebagai tonik rambut untuk mengatasi masalah penuaan, melebatkan dan menghitamkan rambut. Selain itu juga, minyaknya juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit kronik.
Pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan risiko serangan jantung selain daripada pengambilan sayuran dan pengurangan pengambilan produk tenusu. Pengambilan minyak zaitun lebih daripada sekali sehari boleh mengurangkan risiko 25 peratus barah payu dara.
Kandungan vitamin E yang ada boleh memusnahkan sel-sel kanser. Secara kesimpulannya, minyak zaitun boleh di komersialkan lagi dan digunakan sebagai bahan dalam perubatan selain daripada produk kecantikan. - HAJAR NUR ADDNI MD YUSOF
Sumber: Kosmo!
Khasiat buah zaitun yang lainnya antara lain:
* Minyak ini dapat digunakan untuk rambut. Salah satunya ialah rambut kering sebagai akibat dari polusi udara, paparan sinar matahari, terlalu banyak berada di dalam ruangan ber-AC atau bahkan terlalu sering menggunakan produk-produk berbahan kimia. Pemakaian perawatan rambut dan kulit kepala yang mengandung minyak zaitun diyakini sebagai solusi yang tepat dan sehat. Pasalnya, nutrisi yang terkandung di dalamnya dapat memperbaiki kutikula rambut yang rusak sekaligus memberi kelembaban ekstra pada rambut. Sehingga rambut menjadi lebih sehat, lembut, berkilau dan tidak mudah bercabang.
* Minyak zaitun yang murni (Extra Virgin Olive Oil atau Un-refined Olive Oil) juga dapat digunakan langsung pada kulit kepala sebelum melakukan perawatan creambath. Bahkan campuran minyak zaitun dengan minyak jarak, perasan lemon serta larutan air dari seduhan daun peppermint diyakini sebagai resep alami untuk mencegah ketombe dan gatal pada kulit kepala.
* Khusus untuk perawatan wajah, produk kecantikan yang mengandung minyak zaitun dipercaya dapat membantu mempertahankan kelembaban dan elastisitas kulit sekaligus memperlancar proses regenerasi kulit, sehingga kulit tidak mudah kering dan berkerut. Untuk wajah, minyak zaitun dapat dicampur dengan masker atau diulaskan langsung pada kulit wajah.
* Untuk tubuh minyak zaitun dapat digunakan sebagai carrier oil untuk campuran minyak esensial sebagai minyak pijat. Minyak zaitun juga dapat digunakan sebagai campuran body lotion atau sabun mandi untuk menjaga kelembapan dan kelembutan kulit.
* Minyak zaitun juga berkhasiat untuk mempertahankan bentuk serta kekencangan payudara.
* Sedangkan untuk tangan dan kaki, minyak zaitun dapat juga digunakan untuk mengurangi kulit yang menebal pada telapak kaki, mempertahankan kehalusan kulit, serta menguatkan kuku.
* Menjaga kesehatan pembuluh darah jantung, sehingga menurunkan resiko pada penyakit jantung koroner. Yang disebabkan karena adanya mono unsaturated fat, terutama asam oleat. Namun ada juga penelitian yang menunjukkan khasiat minyak terhadap kesehatan jantung disebabkan oleh kandungan senyawa golongan fenol, bukan asam lemak. Kandungan senyawa fenol berfungsi sebagai antioksidan, yang dapat menjaga elastisitas dinding pembuluh darah arteri.
* Sebagai laksatif ringan untuk memudahkan proses buang air besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment